JENIS-JENIS AYAT
LATIHAN
1
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut.
Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang miskin
itu sudah diberi biasiswa.
(ii) Sudahkah awak
membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?
(iii) Jamaliah baru
sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.
(iv) Wah, awak
kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!
(v) Jangan memuji saya
berlebih-lebihan.
(vi) Syabas, teruskan
usaha murni awak!
LATIHAN
2
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau
ayat perintah.
1. Aduh, sakit kepalaku ini!
2. Mangsa kemalangan itu telah
meninggal dunia.
3. Harap hadirin bersabar seketika.
4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5. Leornardo Da Vinci merupakan
pelukis potret Monalisa.
6. Kampung saya bernama Kampung Aman.
7. Biarkan sahaja mereka bermain di
situ.
8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding
Panglima Jali?
9. Tahniah, anda telah memenangi
pertandingan itu!
10. Rumah agam di atas bukit itu milik
siapa?
LATIHAN
3
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau
ayat perintah.
1. Cis, berani awak datang ke sini!
2. Berapakah harga kereta itu?
3. Jemputlah datang ke rumah saya
malam ini.
4. Bapa saya seorang pekebun sayur.
5. Nah, ambil duit ini!
6. Budak yang berbaju merah itu siapa?
7. Adik bongsu saya sudah pandai
berjalan.
8. Jangan berlari di sini!
9. Amboi, kacaknya berkaca mata hitam!
10. Ibu sedang menggoreng ikan di
dapur.
salam cikgu, mohon izin kongsi bahan latihan cikgu di atas. terima kasih. : )
ReplyDeleteTq cikgu
ReplyDelete