PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK
BUDAYA MEMBACA
Perancangan
Isi Karangan
Pendahuluan: Penegasan tugasan soalan
: Keadaan sebenar yang berlaku
: Gambaran Idea / Isi utama
: Unsur kecindan (peribahasa / kata hikmah / cogan kata)
Isi 1 (Kepimpinan): Kesedaran ibu bapa
: Pengaruh teladan
: Aktiviti keluarga
: Kunjungan ke perpustakaan awam / bergerak
Isi 2 (Kewangan) : Pembelian bahan bacaan
: Perabot / sudut bacaan / perpustakaan kecil
: Kunjungan ke kedai buku
Isi 3 (Dorongan) : Pengukuhan lisan / pujian
: Perbincangan santai tentang bacaan
: Perkongsian maklumat baharu / terkini
Penutup: Kesimpulan umum
: Batasan / had peranan ibu bapa
: Saranan dan harapan
: Penegasan semula peranan ibu bapa
Pendahuluan: Penegasan tugasan soalan
: Keadaan sebenar yang berlaku
: Gambaran Idea / Isi utama
: Unsur kecindan (peribahasa / kata hikmah / cogan kata)
Isi 1 (Kepimpinan): Kesedaran ibu bapa
: Pengaruh teladan
: Aktiviti keluarga
: Kunjungan ke perpustakaan awam / bergerak
Isi 2 (Kewangan) : Pembelian bahan bacaan
: Perabot / sudut bacaan / perpustakaan kecil
: Kunjungan ke kedai buku
Isi 3 (Dorongan) : Pengukuhan lisan / pujian
: Perbincangan santai tentang bacaan
: Perkongsian maklumat baharu / terkini
Penutup: Kesimpulan umum
: Batasan / had peranan ibu bapa
: Saranan dan harapan
: Penegasan semula peranan ibu bapa
Peribahasa
yang boleh dimasukkan dalam karangan :
1.
Melentur buluh biar dari rebungnya.
2.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
3.
Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir atas batu, sebaliknya mendidik
anak-anak setelah dewasa umpama mengukir atas air. (Maksud peribahasa Arab).
4.
Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
5.
Tuntutlah ilmu sampai ke negara China
6.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Contoh Karangan
Contoh Karangan
PERANAN
IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang
mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota
masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu
bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat
membaca dalam kalangan anak-anak.(38)
Salah
satu usaha yang boleh diambil oleh
ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa
anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke
perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku.Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa
anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa
cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca
buku seumur hidup. (64)
Selain
itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini
di rumah.Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah.
Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini
di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian yang dapat
menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai
contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga
mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran
itu, ibu bapala memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik
anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)
Di
samping itu juga, ibu
bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh
anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan,
contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca
surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa
dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak.
Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana
acuan, begitulah kuihnya’. Jelaslah,
bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.
Konklusinya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis
ilmu diperoleh oleh generasi muda kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting
dalam memupuk sikap membaca ini kerana merekalah yang menjadi teladan kepada
anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan masyarakat kita satu kelompok
warga yang berilmu tinggi kerana membaca jambatan ilmu.
No comments:
Post a Comment