Sumber:
Modul Latihan Terancang Program Perhalus SPM 2013
Tajuk 1: Kebaikan
Amalan Bergotong-royong
Pada hari ini,
isu amalan gotong-royong selalu diperkatakan. Umumnya
mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya
mengapakah hal sedemikian berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi
bubur, marilah kita bersama-sama mencari kebaikan amalan
bergotong-royong.
Sesungguhnya, kebaikan
amalan gotong-royong dapat mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat. Hal
ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang
kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar
pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan pasti akan dapat melahirkan
keadaan yang aman.Benarlah amalan gotong-royong boleh mengeratkan
perpaduan ahli masyarakat.
Selain itu,
kebaikan amalan gotong-royong dapat mempercepat dan memudahkan sesuatu
kerja. Hal ini demikian kerana kerja dapat dilakukan
bersama-sama. Misalnya, masyarakat setempat bergotong-royong
menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa amalan
gotong-royong membawa banyak kebaikan.
Di samping itu,
kebaikan amalan bergotong-royong adalah untuk memperkukuh semangat
kejiranan. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil
berat hal-hal kejiranan. Tamsilnya, kita boleh menolong jiran yang
menghadapi kesusahan.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
mengukuhkan hubungan antara jiran. Betullah bahawa amalan
gotong-royong memberikan banyak kebaikan.
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan amalan
gotong-royong ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga
akan lahir masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namun
begitu, ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
(203 patah perkataan)
Tajuk 2: Sebab
Pelajar Tidak Mematuhi Disiplin
Pada hari ini,
isu disiplin pelajar selalu diperkatakan. Umumnya
mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya
mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur,
marilah kita bersama-sama mencari sebab-sebab pelajar tidak mematuhi
disiplin.
Sesungguhnya,
sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah masalah keluarga. Hal ini
demikian kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada
anak-anak. Contohnya, ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan
pekerjaan mereka. Sekiranya hal ini berlaku pastilah anak-anak
akan terbiar. Benarlah keluarga penting untuk membentuk
disiplin pelajar.
Selain itu,
sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah mereka terpengaruh dengan
rakan. Hal ini demikian kerana mereka mudah terikut-ikut
dengan kelakuan rakan sebaya. Misalnya, pelajar akan mengikut rakan
mereka ponteng sekolah. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan
merosakkan masa depan pelajar. Tepatlah bahawa rakan merupakan
sebab yang boleh mempengaruhi pelajar.
Di samping itu,
sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah pengaruh media. Hal ini
demikian kerana media sering menyiarkan contoh kelakuan yang tidak
baik. Tamsilnya, perlakuan remaja menghisap rokok. Sekiranya hal ini
dilakukan pastilah akan merosakkan disiplin pelajar. Betullah bahawa
media boleh mempengaruhi disiplin pelajar.
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu disiplin pelajar
ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya menanganinya. Semoga
akan lahir pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang pada masa akan
datang. Namun begitu ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
(213 patah perkataan)
Tajuk 3:
Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum
Dewasa ini,
isu perpaduan kaum selalu dibincangkan. Umumnya
mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya
mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur,
marilah kita bersama-sama untuk mencari usaha-usaha untuk memperkukuh
perpaduan kaum.
Sesungguhnya,
usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan mengadakan sambutan rumah
terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat diraikan
oleh semua kaum. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya,
kaum Cina dan India boleh meraikannya bersama. Sekiranya hal ini
dilakukan pastilah akan mewujudkan perpaduan kaum. Benarlah sambutan rumah
terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.
Selain itu,
usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan sekolah untuk semua
kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar
dalam satu sekolah yang sama. Contohnya, Sekolah Wawasan telah
ditubuhkan oleh kerajaan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
memperkukuh perpaduan antara kaum.Tepatlah bahawa sekolah pelbagai
kaum dapat mengukuhkan perpaduan kaum.
Di samping itu,
usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan persefahaman dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana persefahaman
penting untuk menjadi negara kita aman dan damai. Contohnya, setiap
kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. Sekiranya hal
ini dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa
persefahaman rakyat berbilang kaum amat penting.
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan kaum
ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan
lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Ingatlah
peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
(233 patah perkataan)
No comments:
Post a Comment