Peristiwa-peristiwa yang boleh diteladani
Pengarang
banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang
dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada setiap dua buah novel
yang anda pelajari.
Jawapan:
Dua contoh peristiwa yang boleh
diteladani daripada novel “Kabus di Perbukitan ” ialah pertama, peristiwa Arzul yang bertekad untuk menjadi
penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM. Dia telah
berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya
hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Pengajaran yang boleh saya
teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah gigih berusaha untuk
mencapai kemajuan.
Kedua, peristiwa yang menunjukkan Soleh mahu penebangan hutan untuk membina
chalet peranginanya di Tanah Tinggi Lojing dilakukan dengan lebih terancang dan terkawal tanpa
melibatkan penebangan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun walaupun akan
melibatkan kos yang tinggi. Di samping itu chaletnya itu akan dihiasi dengan
kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan
taman-taman bunga. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah
kita hendaklah memelihara keindahan alam sekitar dalam melaksanakan projek
pembangunan agar tidak merosakkan keindahan alam sekitar.
Peristiwa-peristiwa yang boleh diteladani
Pengarang
banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang
dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada novel yang anda pelajari.
Jawapan:
Dua contoh peristiwa yang boleh
diteladani daripada novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa Farhana begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah
Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik.
Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah
dirancang. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita
hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan
penuh komited.
Kedua, peristiwa yang menunjukkan Fuad tabah menerima ketentuan takdir
bahawa gadis-gadis yang dicintainya ialah adik-adiknya sendiri. Dia sememangnya
jatuh hati terhadap Farhana dan tercari-cari masa yang sesuai untuk meluahkan
perasaannya itu, namun akhirnya dia mendapati bahawa Farhana ialah adik seibu
dengannya. Dia menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Pengajaran yang boleh
saya teladani daripada peristiwa ini
ialah kita hendaklah tabah atau reda akan ketentuan takdir kerana ada hikmah
di sebaliknya.
Plot Bahagian Peleraian
Huraikan
tiga peristiwa penting di bahagian peleraian novel yang telah anda pelajari.
Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik.
Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad juga mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak
Farhana itu juga ialah emak Fuad, iaitu isteri yang pernah dikahwininya suatu
masa dahulu. Farhana juga sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa
dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai kekasih
sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung.
Selain itu, Fuad telah
diterima untuk mengikuti Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) dalam Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan
Ilmu Khas(MPIK) di Kuala Lumpur selama setahun untuk melayakkannya menjadi
seorang guru yang terlatih.
Seterusnya, Fuad
membawa ibunya, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah di Makkah dan ayahnya, Robert Lim mengatakan
bahawa dia juga akan menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment