Thursday 27 February 2014

Latihan Pantun Lapan Kerat


Sila jawab latihan di bawah dan hantar pada 2 Mac 2014 melalui Ketua Kelas

Pantun Lapan Kerat

Latihan

Jawab semua soalan dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang disarankan oleh pemantun dalam rangkap pertama pantun ini.(2 markah))



(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu?
     Jelaskan tiga cadangan anda (3 markah)).



(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini (4 markah)




Tuesday 25 February 2014

Latihan Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Jawab latihan di bawah dan hantar pada 27 Feb 2014 semasa KOMSAS.

SET 2

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.

“Ampun Tuanku, patiklah yang memelihara geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.’’

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, ”Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang menyelamatkannya.

“Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa,sembah jurumudi.

“Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini.”

(Dipetik daripada
Pelayaran yang Penuh Peristiwa,
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris. [2 markah]




(ii) Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah dia tersedar daripada mabuk? [3 markah]




(iii) Pada pendapat anda, apakah tujuan jurumudi berbohong kepada Tuanku nakhoda Tua? [3 markah]