USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Pendahuluan
·
Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan
tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan
modenisasi yang membawa kepada pembangunan
yang pesat.
·
generasi muda hari ini lebih terdedah kepada
alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisionali.
·
permainan tradisional turut dipandang enteng
serta mula tersisih daripada arus
perdana kehidupan masyarakat.
·
Adakah kita sanggup membiarkan khazanah
budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku?
·
sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi
meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita
·
bersesuaian dengan kata peribahasa di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
·
Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan
permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi
mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.
1.
Ibu
bapa
·
pihak yang paling dominan berperanan
memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada
anak-anak mereka
·
kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.
·
Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada
anak-anak mereka sejak kecil
·
bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan
memupuk minat bermain permainan
tradisional.
·
membelikan anak-anak mereka permainan
tradisional sebagai hadiah
·
menganjurkan pertandingan permainan
tradisional melalui Hari Keluarga
·
memberikan peluang kepada seluruh ahli
keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional
seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing
·
akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional
serta
·
mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama
ahli keluarga,
·
bak kata peribahasa sambil menyelam minum
air.
2.
pihak
kerajaan
·
Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah
menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di
sekolah
·
pihak sekolah menubuhkan kelab atau persatuan
yang bercirikan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa
·
pelajar boleh belajar tentang cara membuat,
cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan
tradisional.
·
pelajar akan berminat untuk melibatkan diri
dalam permainan tradisional tersebut.
·
penting kerana mereka merupakan akar tunjang
yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa
hadapan
·
Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal
maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut
·
agar pelajar dapat bergiat aktif
mempopularkan permainan tradisional
·
di samping mengurangkan sedikit tekanan
menghadapi peperiksaan.
3.
mengadakan
pelbagai kempen cintai permainan tradisional
·
Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama
pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen.
·
Pihak media massa perlu menyiarkan rencana
dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita
seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain
·
memperkenalkan sejarah dan cara bermain
·
pihak media perlu memberikan kesedaran kepada
orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan Negara
·
Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena
kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi
·
permainan tradisional boleh menjadi popular
di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
·
pasti permainan tradisional menjadi semakin
popular khususnya kepada generasi baru.
4.
Pertukaran
budaya dengan Negara luar
·
pelajar dari luar negara yang datang ke
Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini
·
Apabila pulang mereka akan mengajar
rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini.
·
nama Malaysia akan masyhur di persada
antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga
·
yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.
·
agensi pelancongan yang bertindak sebagai
medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada
pelancong asing
·
agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti
seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan
pelancong asing
·
membuatkan para pelancong terhibur sekali gus
·
berminat dengan acara-acara yang disediakan
dan
·
ingin datang kembali ke Malaysia
·
pertukaran budaya antara negara dan peranan
agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan
permainan tradisional kepada masyarakat luar.
5.
penganjuran
pelbagai bentuk pertandingan
·
semua pihak yang mengambil bahagian akan
saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka
·
kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan
sesuatu
·
Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama
pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat
seperti Proton, TM Net dan Maxis
·
menganjurkan pertandingan permainan
tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat
antarabangsa
·
contoh yang terbaik ialah penganjuran
Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama
pelbagai badan korporat.
·
pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan
layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian.
·
penganjuran pelbagai pertandingan berjaya
memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri
pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara
Penutup
·
semua etnik tidak sewajarnya membiarkan
khazanah budaya mereka terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut
ialah khazanah dunia yang tidak ternilai
harganya.
·
kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang
melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.
·
Kita amat berharap semua pihak tetap teguh
memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya
sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi
mendatang
·
setiap anak watan Malaysia perlu menyahut
cabaran dan menghadapi semangat habis
kapak berganti beliung untuk
merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat
Cemerlang. Malaysia Boleh!