Friday 1 November 2013

Tatabahasa-latihan Jenis-Jenis Ayat

JENIS-JENIS AYAT
LATIHAN 1
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.

(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?

(iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.

(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!

(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.

(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak!

LATIHAN 2
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
1. Aduh, sakit kepalaku ini!
2. Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3. Harap hadirin bersabar seketika.
4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5. Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6. Kampung saya bernama Kampung Aman.
7. Biarkan sahaja mereka bermain di situ.
8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali?
9. Tahniah, anda telah memenangi pertandingan itu!
10. Rumah agam di atas bukit itu milik siapa?



LATIHAN 3
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
1. Cis, berani awak datang ke sini!
2. Berapakah harga kereta itu?
3. Jemputlah datang ke rumah saya malam ini.
4. Bapa saya seorang pekebun sayur.
5. Nah, ambil duit ini!
6. Budak yang berbaju merah itu siapa?
7. Adik bongsu saya sudah pandai berjalan.
8. Jangan berlari di sini!
9. Amboi, kacaknya berkaca mata hitam!
10. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.


















2 comments: