Friday 1 November 2013

Karangan-Usaha memelihara Bangunan Bersejarah

Usaha-usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia

1.     Kerajaan
· mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai Warisan Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan. Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. 
·         mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
·         mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks
·    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur binaan bangunan bersejarah
·   Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongan-dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan.Seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya
·         mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara
·    menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.
·     diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan Balai Polis Bukit Kepong 
·         dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan
·         ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad
·         ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua 
·      keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Sebagai contohnya, Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
2. Sekolah
·         melukiskannya di dinding sekolah

·         mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah

·         kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah

·        universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yg diharapkan

·   pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah

·     mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap yang menarik. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan ‘lift’, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan

2.     Ibu bapa
·         membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah melawat bangunan bersejarah
·         menceritakan sejarah mengenai bangunan bersejarah kepada anak-anak

3.     Media massa
·         membuat dokumentari mengenai bangunan bersejarah


Novel-Peristiwa Diteladani atau Menarik di Peleraian

Peristiwa-peristiwa yang boleh diteladani

Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada setiap dua buah novel yang anda pelajari.

Jawapan:
                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Kabus di Perbukitan ” ialah pertama, peristiwa Arzul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM. Dia telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.

Kedua, peristiwa yang menunjukkan Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginanya di Tanah Tinggi Lojing dilakukan dengan lebih terancang dan terkawal  tanpa melibatkan penebangan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun walaupun akan melibatkan kos yang tinggi. Di samping itu chaletnya itu akan dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah memelihara keindahan alam sekitar dalam melaksanakan projek pembangunan agar tidak merosakkan keindahan alam sekitar.


Peristiwa-peristiwa yang boleh diteladani

Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada novel yang anda pelajari.
 
Jawapan:
                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa Farhana  begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited.

Kedua, peristiwa yang menunjukkan Fuad tabah menerima ketentuan takdir bahawa gadis-gadis yang dicintainya ialah adik-adiknya sendiri. Dia sememangnya jatuh hati terhadap Farhana dan tercari-cari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya itu, namun akhirnya dia mendapati bahawa Farhana ialah adik seibu dengannya. Dia menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah tabah atau reda akan ketentuan takdir kerana ada hikmah di sebaliknya.







Plot Bahagian Peleraian

Huraikan tiga peristiwa penting di bahagian peleraian novel yang telah anda pelajari.

Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad juga mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak Farhana itu juga ialah emak Fuad, iaitu isteri yang pernah dikahwininya suatu masa dahulu. Farhana juga sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai kekasih sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung.

Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) dalam Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan Ilmu Khas(MPIK) di Kuala Lumpur selama setahun untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih.

Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah di Makkah dan ayahnya, Robert Lim mengatakan bahawa dia juga akan menyusul kemudian.



Karangan-Semangat Kejiranan

Soalan:

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.


Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.


Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.


Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Karangan-Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK BUDAYA MEMBACA

Perancangan Isi Karangan

Pendahuluan:  Penegasan tugasan soalan
                   :  Keadaan sebenar yang berlaku
                   :  Gambaran Idea / Isi utama
                   :  Unsur kecindan (peribahasa / kata hikmah / cogan kata)

Isi 1 (Kepimpinan):  Kesedaran ibu bapa
                            :  Pengaruh teladan
                            :  Aktiviti keluarga
                            :  Kunjungan ke perpustakaan awam / bergerak

Isi 2  (Kewangan) :  Pembelian bahan bacaan
                            :  Perabot / sudut bacaan / perpustakaan kecil
                            :  Kunjungan ke kedai buku

Isi 3  (Dorongan)  :  Pengukuhan lisan / pujian
                            :  Perbincangan santai tentang bacaan
                            :  Perkongsian maklumat baharu / terkini

Penutup:  Kesimpulan umum
            :  Batasan / had peranan ibu bapa
            :  Saranan dan harapan
            :  Penegasan semula peranan ibu bapa
Peribahasa yang boleh dimasukkan dalam karangan :
1. Melentur buluh biar dari rebungnya.
2. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
3. Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir atas batu, sebaliknya mendidik anak-anak setelah dewasa umpama mengukir atas air. (Maksud peribahasa Arab).
4. Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
5. Tuntutlah ilmu sampai ke negara China

6. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Contoh Karangan

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak.(38)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku.Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64)

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah.Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian yang dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapala memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayubagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Jelaslah, bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.


Konklusinya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan masyarakat kita satu kelompok warga yang berilmu tinggi kerana membaca jambatan ilmu.

Karangan-Amalan Membaca


Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat hari ini kurang membaca.
Isi-isi
1.     Masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai hobi mereka
2.     Kehidupan zaman moden yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peribadi.
3.     Ibu bapa juga tidak memainkan peranan memupuk amalam membaca dalam jiwa anak mereka sejak kecil.
4.     Buku juga dikatakan tidak diminati kerana menerima persaingan daripada teknologi lain dalam aspek penerimaan informasi.
5.     Pihak swasta tidak lagi berminat untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan membaca kerana sedar mereka tidak akan menerima kesan positifnya.
·         membaca itu jambatan ilmu
·         pihak kerajaan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada setiap tahun

·         tahap pembacaan masyarakat kita masih di takuk lama.

Karangan-Menguasai Pelbagai Bahasa

Kelebihan Menguasai Pelbagai Bahasa.
Pendahuluan:
- Berasa terasing kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris
- Mengelakkan diri daripada bercampur gaul dengan pelajar lain yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
- Dinasihati rakan-rakan agar menggunakan bahasa tersebut dalam perbualan seharian
Isi-Isi
Isi 1: Memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi..
Isi 2: Meneroka pelbagai maklumat
Isi 3: Memupuk semangat perpaduan
Isi 4: Mudah mendapat pekerjaan
Isi 5: Mengisi masa lapang


Kesimpulan: - Ilmu penyuluh kehidupan - Sambil menyelam minum air.

Karangan-USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pendahuluan

·         Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada  pembangunan yang pesat.
·         generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisionali.
·         permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih  daripada arus perdana kehidupan masyarakat.
·         Adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku?
·         sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita
·         bersesuaian dengan kata peribahasa  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
·         Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

1.     Ibu bapa
·         pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka
·         kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.
·         Ibu bapa perlu  mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil
·         bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat  bermain permainan tradisional.
·         membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah
·         menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga
·         memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing
·         akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta
·         mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,
·         bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

2.     pihak kerajaan
·         Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah
·         pihak sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa
·         pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.
·         pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut.
·         penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan
·         Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut
·         agar pelajar dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional
·         di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

3.     mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional
·         Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen.
·         Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain
·         memperkenalkan sejarah dan cara bermain
·         pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan Negara
·         Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran,  peraduan melukius poster dan lain-lain lagi
·         permainan tradisional boleh menjadi popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
·         pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

4.     Pertukaran budaya dengan Negara luar
·         pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini
·         Apabila pulang mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini.
·         nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga
·         yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
·         agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing
·         agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing
·         membuatkan para pelancong  terhibur sekali gus
·         berminat dengan acara-acara yang disediakan dan
·         ingin datang kembali ke Malaysia
·         pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

5.     penganjuran pelbagai bentuk pertandingan
·         semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka
·         kerana sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu
·         Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis
·         menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa
·         contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor  oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat.
·         pertandingan layang-layang tersebut  berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian.
·         penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara
Penutup
·         semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.
·         kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.
·         Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang

·         setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!