Friday 1 November 2013

Karangan-USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pendahuluan

·         Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada  pembangunan yang pesat.
·         generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisionali.
·         permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih  daripada arus perdana kehidupan masyarakat.
·         Adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku?
·         sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita
·         bersesuaian dengan kata peribahasa  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
·         Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

1.     Ibu bapa
·         pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka
·         kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.
·         Ibu bapa perlu  mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil
·         bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat  bermain permainan tradisional.
·         membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah
·         menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga
·         memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing
·         akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta
·         mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,
·         bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

2.     pihak kerajaan
·         Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah
·         pihak sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa
·         pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.
·         pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut.
·         penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan
·         Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut
·         agar pelajar dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional
·         di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

3.     mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional
·         Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen.
·         Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain
·         memperkenalkan sejarah dan cara bermain
·         pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan Negara
·         Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran,  peraduan melukius poster dan lain-lain lagi
·         permainan tradisional boleh menjadi popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
·         pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

4.     Pertukaran budaya dengan Negara luar
·         pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini
·         Apabila pulang mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini.
·         nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga
·         yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
·         agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing
·         agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing
·         membuatkan para pelancong  terhibur sekali gus
·         berminat dengan acara-acara yang disediakan dan
·         ingin datang kembali ke Malaysia
·         pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

5.     penganjuran pelbagai bentuk pertandingan
·         semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka
·         kerana sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu
·         Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis
·         menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa
·         contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor  oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat.
·         pertandingan layang-layang tersebut  berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian.
·         penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara
Penutup
·         semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.
·         kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.
·         Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang

·         setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

No comments:

Post a Comment