Friday 20 May 2011

SELAMAT DATANG

Mulakan hari anda dengan menikmati gambar orkid ini. Mudah-mudahan ketenangan alam mensyukuri kita kepada pencipta-Nya

Thursday 19 May 2011

Rumusan

RUMUSAN
MEMBINA PENDAHULUAN

Langkah 1: menulis ayat pendahuluan

          Pendahuluan rumusan perlu mengandungi pernyataan isi tersurat dan isu yang dibincangkan dalam petikan.

          Oleh sebab itu, pelajar perlu membaca keseluruhan petikan untuk mengenal pasti isu yang  dibincangkan dalam petikan.

          Panduan : Soalan pemahaman 2(a) boleh membantu pelajar untuk mengenal pasti isu yang terdapat dalam petikan.


Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan

  1. Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian  kesan bahagian isi tersurat.
  2. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
  3. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.

Contoh soalan dan arahan  :

Baca  petikan  di bawah  dengan  teliti  kemudian  buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia  dan  langkah-langkah  membanterasnya.   Panjang rumusan hendaklah  tidak  melebihi 120 patah perkataan

Kata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan dadah   menjadi musuh utama manusia 

Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab .

Kemudian, tulis  pendahuluan rumusan.

Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia .


     Catatan :

1.       Perkataan yang berikut sering kali digunakan sebagai kata kunci arahan dalam   soalan rumusan .
2.       Perkataan tersebut boleh digantikan dengan perkataan lain yang sama maksudnya .   

Contoh :

          Faktor / sebab / punca/ elemen.

          Akibat / kesan / impak / implikasi .

          Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan

          Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah.

          Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.

          Langkah-langkah / cara-cara  / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan / pendekatan / strategi