Syair Makna Riak
MAKSUD:
Rangkap
1:
Riak merupakan satu perbuatan atau
sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana
mendatangkan syirik.
Rangkap
2:
Kadang-kadang perbuatan riak ini
ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan
sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.
Rangkap
3:
Dia melakukan perkara itu agar orang
menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya
dia sekadar berpura-pura.
Rangkap
4:
Kadang-kadang riaknya dilakukan
dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya.
Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua
dicampur aduk.
Rangkap
5:
Kadang-kadang dia bercakap
seolah-olah idea/fikirannya logik.
Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya
sebagai menantu.
Rangkap
6:
Kadang-kadang orang riak dengan cara
berpakaian. Mereka berserban dan sejadah
sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih.
Rangkap
7:
Duduk bersila dan mata terpejam
sambil berzikir menyebut nama Allah.
Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.
Rangkap
8:
Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka
dengan sifat riak.
TEMA
Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia
yang riak.
PERSOALAN
1. Persoalan sifat riak merupakan
sifat yang dibenci oleh tuhan.
2.
Persoalan terdapat
golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
3. Persoalan ilmu yang dimiliki
digunakan untuk kepentingan diri
4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan tidak diterima oleh Allah.
NILAI
1. Nilai kesyukuran
Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.
2. Nilai kesederhanaan
Contoh: bersederhana
dalam segala perbuatan tanpa
menunjuk-nunjuk.
PENGAJARAN
1. Kita janganlah bersifat riak.
2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk
kelebihan yang ada pada diri kita.
3. Kita haruslah menggunakan ilmu
yang dimiliki ke arah jalan benar.
4. Kita hendaklah melakukan sesuatu
perkara dengan ikhlas.
5.
Kita janganlah melakukan perkara yang
membawa kepada syirik.
No comments:
Post a Comment