Latihan Peribahasa
Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang
sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa
yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang
hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
(ii) Perihal orang yang
berada dalam keadaan yang sangat cemas.
(iii) Usaha menasihati
seseorang yang sia-sia sahaja.
Latihan 2
Kemukakan satu peribahasa
yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi
bahan percakapan orang.
(ii) Pergaduhan yang tidak
menguntungkan sesiapa.
(iii) Keadaan hidup
seseorang yang sangat daif.
Latihan 3
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga
situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah
bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat
menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk
menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang
tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita.
Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang
boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Latihan 4
Baca petikan situasi di
bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan
setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam
kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan
bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran
setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
(ii) Perpecahan dan
pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan
ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
(iii) Ismail mendapat
khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa
berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana
pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan
jawatan yang sedia ada.
Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang
berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian
(ii) Banyak udang, banyak
garam
(iii) Lain hulu lain
parang
(iv) Asal kapas menjadi
benang, dari benang menjadi kain
(v) Tak tumbuh tak
melata
(vi) Ada ubi ada batas
Latihan 6
Berdasarkan pernyataan
berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di
bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa
pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan
raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang
dan pengguna jalan raya.
(ii) Duit raya yang
diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya
di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan
yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
(iii) Aktiviti
bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik
penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat
mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.
Latihan 7
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua
pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada
kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung
yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis
penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu
melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk
terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya,
mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa
dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan
bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.
Latihan 8
Baca petikan di bawah
dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap
situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali
sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang
ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari
kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.
(ii) Abu sentiasa berusaha
dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan
menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis.
Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat
di tempatnya.
(iii) Kamal terlalu boros
dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan.
Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
Latihan 9
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad
meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku
perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati
hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara.
Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia
meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu.
Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
Latihan 10
Isi tempat kosong dalam
petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau
hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur,
iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih,
beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya
bahawa .....
ii. Sejak tahun 1995,
sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang
sedikit," bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal
Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak
sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu....
No comments:
Post a Comment