Friday, 1 November 2013

Cara Mudah Tulis Karangan A

Sumber: Modul Latihan Terancang Program Perhalus SPM 2013


Tajuk 1: Kebaikan Amalan Bergotong-royong

 Pada hari ini, isu amalan gotong-royong selalu diperkatakan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari kebaikan amalan bergotong-royong. 

 Sesungguhnya, kebaikan amalan gotong-royong dapat mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan pasti akan dapat melahirkan keadaan yang aman.Benarlah amalan gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat.

 Selain itu, kebaikan amalan gotong-royong dapat mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja. Hal ini demikian kerana kerja dapat dilakukan bersama-sama. Misalnya, masyarakat setempat bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan.

 Di samping itu, kebaikan amalan bergotong-royong adalah untuk memperkukuh semangat kejiranan. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kejiranan. Tamsilnya, kita boleh menolong jiran yang menghadapi kesusahan.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan hubungan antara jiran. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak kebaikan.

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan amalan gotong-royong ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namun begitu, ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
                                                                                                              
(203 patah perkataan)













Tajuk 2: Sebab Pelajar Tidak Mematuhi Disiplin

 Pada hari ini, isu disiplin pelajar selalu diperkatakan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari sebab-sebab pelajar tidak mematuhi disiplin. 

 Sesungguhnya, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah masalah keluarga. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak. Contohnya, ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka. Sekiranya hal ini berlaku pastilah anak-anak akan terbiar. Benarlah keluarga penting untuk membentuk disiplin pelajar.

 Selain itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah mereka terpengaruh dengan rakan. Hal ini demikian kerana mereka mudah terikut-ikut dengan kelakuan rakan sebaya. Misalnya, pelajar akan mengikut rakan mereka ponteng sekolah. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan merosakkan masa depan pelajar. Tepatlah bahawa rakan merupakan sebab yang boleh mempengaruhi pelajar.

 Di samping itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah pengaruh media. Hal ini demikian kerana media sering menyiarkan contoh kelakuan yang tidak baik. Tamsilnya, perlakuan remaja menghisap rokok. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan merosakkan disiplin pelajar. Betullah bahawa media boleh mempengaruhi disiplin pelajar. 

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu disiplin pelajar ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya menanganinya. Semoga akan lahir pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang pada masa akan datang. Namun begitu ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.

(213 patah perkataan)


















Tajuk 3: Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum

 Dewasa ini, isu perpaduan kaum selalu dibincangkan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama untuk mencari usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum. 

 Sesungguhnya, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan mengadakan sambutan rumah terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat diraikan oleh semua kaum. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan India boleh meraikannya bersama. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan perpaduan kaum. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.

 Selain itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan sekolah untuk semua kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu sekolah yang sama. Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh kerajaan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuh perpaduan antara kaum.Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan kaum. 

 Di samping itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana persefahaman penting untuk menjadi negara kita aman dan damai. Contohnya, setiap kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa persefahaman rakyat berbilang kaum amat penting.

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan kaum ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Ingatlah peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh. 

(233 patah perkataan)





Tatabahasa-latihan Jenis-Jenis Ayat

JENIS-JENIS AYAT
LATIHAN 1
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.

(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?

(iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.

(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!

(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.

(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak!

LATIHAN 2
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
1. Aduh, sakit kepalaku ini!
2. Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3. Harap hadirin bersabar seketika.
4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5. Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6. Kampung saya bernama Kampung Aman.
7. Biarkan sahaja mereka bermain di situ.
8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali?
9. Tahniah, anda telah memenangi pertandingan itu!
10. Rumah agam di atas bukit itu milik siapa?



LATIHAN 3
Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
1. Cis, berani awak datang ke sini!
2. Berapakah harga kereta itu?
3. Jemputlah datang ke rumah saya malam ini.
4. Bapa saya seorang pekebun sayur.
5. Nah, ambil duit ini!
6. Budak yang berbaju merah itu siapa?
7. Adik bongsu saya sudah pandai berjalan.
8. Jangan berlari di sini!
9. Amboi, kacaknya berkaca mata hitam!
10. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.


















Tatabahasa-Kenali Subjek dan Predikat Ayat

MENGANALISIS AYAT- Kenal pasti subjek dan predikat( m/s 97 T4)

Latihan 1
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek             :
Predikat           :

(i)            Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap remaja.
Subjek       :
Predikat     :

(ii)           Penggunaan telefon bimbit sudah menjadi suatu kemestian pada hari ini.
Subjek       :
Predikat     :

(iii)          Pada setiap hari Ahad ibu bapa saya  ke pasar tani.
Subjek       :
Predikat     :

(iv)         Sudah menjadi isu global jenayah pemerdagangan manusia.
Subjek       :
Predikat     :

(v)          Akan menyebabkan masalah obesiti tabiat makan secara berlebihan.
Subjek       :
Predikat     :

(vi)         Generasi muda perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Subjek       :
Predikat     :











Latihan 2(m.s 89 T5)
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek             :
Predikat           :

(i)            Kejayaan itu dikecapinya selepas mengharungi pelbagai halangan dan jerih payah.
Subjek       :
Predikat     :

(ii)           Setiap pengguna berhak mendapatkan barangan atau perkhidmatan atas setiap sen yang dibelanjakan oleh mereka.
Subjek       :
Predikat     :

(iii)    Beberapa ekor anjing liar menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan.
Subjek       :
Predikat     :

(iv)         Kerjaaan tidak mengizinkan kemasukan beberapa jenis ubat ke negara ini.
Subjek       :
Predikat     :

(v)          Kenaikan harga barangan di negara kita semakin sukar untuk dibendung.
Subjek       :
Predikat     :

(vi)         Orang tengah mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda ke atas golongan nelayan dan petani.
Subjek       :
Predikat     :


Tatabahasa Nota Jenis-jenis Ayat

JENIS-JENIS AYAT
·         Ayat penyata-menyata/memberi keterangan ttg sst hal

  Cth: Dia Wartawan.

-       Jejari-jejantas
1.    Murid-murid itu mengukur jejari bulatan.(SKO)
2.    Ali menggunakan jejantas untuk menyeberangi/ melintasi jalan raya yang sibuk itu.

·         Ayat Tanya
o   (?)
o   Menggunakan Kata Tanya:
1.    Orang(Siapa)
2.    Tempat(Di mana)
3.    Masa(Bila)
4.    Sebab(Mengapa/kenapa)
5.    Cara(Bagaimana)
6.    Bilangan(Berapa)
Cth:
(a)          Tuan siapakah?
(b)          Siapakah tuan?
(c)          Tuan tinggal di manakah?
(d)          Di manakah tuan tinggal?
(e)          Dia ke sekolahkah?
(f)           Ke sekolahkah dia?

·         Ayat perintah

i.              Suruhan-beri perintah/arahan
a.    Keluarlah dari bilik ini.
b.    Pukullah budak itu.
c.    Makanlah kuih ini dahulu.

ii.             Larangan-tegah ssorg laku sst- jangan/usah(tak usah)
a. Jangan makan kuih ini.
b. Usah ditanyakan siapa orangnya.
c. Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi.

iii.           Silaan-sila dan jemput
a.Sila datang ke rumah saya
b.Jemput masuk.

iv.           Permintaan-minta dan tolong
a.    Minta kamu semua bertenang.
b.    Tolong tutup pintu itu.

·         Ayat seruan
v.            Tanda seru(!) pd akhir ayat.
vi.           Kata seru-oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dsbnya.

a.    Oh, Tuhanku!
b.    Amboi, garangnya!
c.    Wah,besarnya kereta abang!
d.    Cis, terimalah tikamanku ini!
e.    Eh, Ali rupanya yang datang!
f.     Nah, ambillah wang ini!
g.    Aduh, bisanya!
h.    Syabas, engkau telah menang!


Latihan Tatabahasa-Pola Ayat

Tatabahasa (Pola Ayat Dasar)
Nota
Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola ( berdasarkan predikat ayat), iaitu :
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Cikgu Faridah baik hati.

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Pejabat saya di Kuala Lumpur.

Latihan
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.

ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.

iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.

iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.

v. Adik saya sangat comel dan manja.

vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.






Latihan 1 :
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Pemuda itu sedang menari.

2. Encik Zahid seorang jurutera.

3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami

4. Rumah saya di Taman Johor Jaya.

5. Kakak saya sedang membaca buku.

6. Kasut Ali sudah buruk

Latihan 2 ;
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Penyanyi itu jiran saya.

2. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap

3. Emak sedang menanak nasi di dapur

4. Pokok itu pokok rambutan

5. Dewan sekolah saya sangat besar.

6. Baju saya berwarna merah hati.



Latihan 3 :
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
1. Tulisan Nabil sangat kemas.

2. Rumah Ahsan rumah batu.

3. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang

4. Bapa Naim seorang guru.

5. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual





















Ramalan SPM BM 2013

Soalan ramalan karangan spm 2013

TOPIK TOPIK PENTING

1.    cara cara mengharumkan nama sekolah

2.    tanggungjawab keluarga dalam memupuk amalan membaca

3.    amalan berjimat cermat,menabung

4.    jenayah pemerdagangan manusia

5.    konsep sekolah penyayang ,cara menghargai guru

6.    sifat sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki

7.    langkah langkah memelihara peninggalan sejarah (bangsa /bangunan sejarah)

8.    punca punca kemerosotan bekalan makanan dunia

9.    1 murid 1 sukan
10.  peranan ibu bapa dalam mengalakkan anak anak menjaga alam sekitar.
11.  tahun melawat malaysia 2014..
12.  kebaikan barangan buatan malaysia


Ramalan yang dapat dari seminar skor A .yang bold tu katanya kena bagi lebih perhatian.hanyalah ramalaaaan :D

Sunday, 19 February 2012

Puisi Tradisional

Mengintai Ruang Insaf
(Syukri  Abdullah)

Maksud

R1- Semakin banyak kejahilan yang dilakukan, semakin jauh menemui hidayah Tuhan.

R2- Dalam kehidupan penyair kerap kali tersilap langkah sehingga melakukan dosa 
menyebabkan kemuliaan diri semakin berkurangan.

R3- Penyair mengetahui banyak kesilapan yang dilakukan namun tidak kembali ke pangkal jalan. Penyair ingin tahu semasa ada kesilapan yang dilakukan, diberikan ruang oleh Tuhan untuk insaf.

R4- Penyair berharap Tuhan membuka pintu taubat dan penyair berharap tidak tergolong dalam 
kalangan ahli neraka.

Tema: Keinginan untuk insaf

Persoalan

1.         Kejahilan terhadap agama
            Contoh: Kejahatan menjauhkan kita dengan Tuhan dan hidayah-Nya.

2.         Muhasabah diri
            Contoh: Penyair teringat akan dosa yang dilakukannya.

3.         Harapan mendapat keampunan Tuhan
            Contoh:  Penyair berharap pintu taubat terbuka.

Nilai murni

1. Keinsafan
    Contoh: Penyair bersedia mengakui kesilapan dirinya yang banyak melakukan dosa sebelum 
ini.

Pengajaran

1.         Kita hendaklah berasa insaf terhadap kesalahan  yang kita lakukan.
            Contoh: Penyair insaf terhadap dosa yang dilakukan sebelum ini

2.         Kita wajib bertaubat
            Contoh: Penyair berharap taubatnya diterima

3.         Kita jangan melakukan sebarang dosa
            Contoh: Penyair kerap melakukan dosa hingga kemuliaan diri semakin hilang