Tuesday, 13 May 2014

Jawapan Peribahasa

Latihan Peribahasa

Latihan 1

Jawapan :-

(i) Ukur baju di badan sendiri.

(ii) Bagai telur di hujung tanduk.

(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

Latihan 2

 Jawapan :-

 (i) Buah mulut. 

(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu. 

(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

 Latihan 3
Jawapan :-

i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut tempayan. 

ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain. 

iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Latihan 4

Jawapan :-

(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam 

(ii) -biduk lalu kiambang bertaut 

(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Latihan 5

Jawapan :-

(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian 

(ii) -banyak orang, banyak ragam 

(iii) -lain dahulu, lain sekarang 

(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain 

(v) -tak sungguh, orang tak kata 

(v) -ada budi boleh dibalas

Latihan 6

Jawapan :-

(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat. 

(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. 

(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Latihan 7

Jawapan :-

(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 

(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat sagunya 

(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

Latihan 8

Jawapan :-

(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain 

(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

 Latihan 9

Jawapan :-

(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Latihan 10

Jawapan :-

i.   Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 
ii.  Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. 
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.


Latihan Tatabahasa-Peribahasa

Salam sejahtera untuk murid-murid 5D & 5F. Harap kalian sudah bersedia menghadapi Kertas BM pada hari Khamis. Sebagai persediaan murid-murid boleh mencuba latihan peribahasa dan tatabahasa yang saya akan muat turun dalam blog ini. Anda boleh menyemak jawapan sendiri.


Latihan Peribahasa

Latihan 1

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja. 

(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri. 

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas. 

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.


Latihan 2

Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah. 

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang. 

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa. 

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.


 Latihan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut. 

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Latihan 4

Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut. 

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang. 

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri. 

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.


Latihan 5

Lengkapkan peribahasa yang berikut. 

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian 

(ii) Banyak udang, banyak garam 

(iii) Lain hulu lain parang 

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain 

(v) Tak tumbuh tak melata 

(vi) Ada ubi ada batas


Latihan 6

Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah. 

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya. 

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat. 

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Latihan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. 

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-­sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.


Latihan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut. 

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain. 

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya. 

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.


 Latihan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. 

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.


Latihan 10

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai. 

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa ..... 

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad. 

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu....




Friday, 11 April 2014

latihan Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

SET 1
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH : Bapa itu saja hendak malukan anak-anak. Nanti orang kata, kita tak tahu balas budi orang tua. Walhal kita kirim tiap-tiap bulan. Macamlah hidupnya susah sangat. Itu, itu anak pungut tu. Entah-entah dia yang suka bapa pergi ke laut… Entah apa yang digula-gulakan bapa itu. Haah, sudahlah…! Angah penat ni. Abang tunggulah emak. (Pergi dari situ. WAN memerhatikan SABARIAH pergi)

SABRI : Tadi nak sangat tengok emak. Huh!

JIMAH : (Sayu hatinya apabila SABARIAH menengking SABRI) Aku tidak suruh sesiapa balik, Sani. Aku tidak mahu menyusahkan kau orang. Aku tunggu laki aku. Kalau kau nak balik, pergilah. Aku tunggu laki aku. Dia laki aku. Kau orang semua boleh balik. (Membuka ikatan bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi Dia mengeluarkan lima buah buku bank dan menyerahkan kepada SANI) Sani, ini buku bank kau orang. Beri balik pada dia orang. Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit yang kamu beri, ya? Tidak. Bapa simpan semua duit yang kamu kirim dulu. Bapa simpan semua dalam bank.Emak dan bapa tidak usik satu sen pun. Nah, kauberi balik pada kakak, pada abang kau. Ambil balik semua yang kau orang beri pada kami. Ambil, ambillah balik. Satu sen pun kami tidak jamah duit itu.(Menangis tersedu-sedan)

SANI : (Buka buku simpanan bank dan terperanjat melihat isi kandungannya) Mak!  Apa sudah jadi emak? Kenapa duit ini tidak pernah emak keluarkan? Kenapa emak, kenapa emak dan bapa tidak gunakan duit yang kami beri ini? Sani beri untuk emak dan bapa buat belanja. Kenapa emak tidak gunakan?

JIMAH : Bapa tidak mahu susahkan anak-anaknya. Kudrat dia masih ada. Bapa lebih senang cari duit sendiri. Dia tahu satu hari kau orang akan ungkit soal duit ini. Kan betul?            
                                                                                                                                     [m.s. 217-218]



(i)           Mengapakah bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya?    [2 markah]

(ii)        Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyemai tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak?                                                [3 markah]

(iii)      Nyatakan dua pengajaran dalam petikan drama di atas dan dua pengajaran lain dalam keseluruhan drama.                                                                                                      [4 markah]


Thursday, 27 February 2014

Latihan Pantun Lapan Kerat


Sila jawab latihan di bawah dan hantar pada 2 Mac 2014 melalui Ketua Kelas

Pantun Lapan Kerat

Latihan

Jawab semua soalan dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang disarankan oleh pemantun dalam rangkap pertama pantun ini.(2 markah))



(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu?
     Jelaskan tiga cadangan anda (3 markah)).



(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini (4 markah)




Tuesday, 25 February 2014

Latihan Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Jawab latihan di bawah dan hantar pada 27 Feb 2014 semasa KOMSAS.

SET 2

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.

“Ampun Tuanku, patiklah yang memelihara geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.’’

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, ”Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang menyelamatkannya.

“Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa,sembah jurumudi.

“Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini.”

(Dipetik daripada
Pelayaran yang Penuh Peristiwa,
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris. [2 markah]




(ii) Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah dia tersedar daripada mabuk? [3 markah]




(iii) Pada pendapat anda, apakah tujuan jurumudi berbohong kepada Tuanku nakhoda Tua? [3 markah]

Wednesday, 15 January 2014

Latihan Melunas Rindu

Kepada semua pelajar 4D yang budiman,

Sila jawab soalan pra komsas novel MR dan hantar pada 17 Januari 2014. Jawapan hendaklah ringkas dan tepat. Markah lulus ialah 50%. Selamat menjawab.

SOALAN MINDA MELUNAS RINDU
1. Jelaskan dua pengajaran yang dapat anda peroleh daripada dua peristiwa penting yang telah berlaku dalam bab 1 novel yang telah anda kaji.

2. Huraikan nilai memaafkan kesalahan orang lain yang dimuatkan dalam bab2 novel ini.

3. Berapakah harga dan luas tanah yang dibeli oleh Fuad daripada Awang Sojar?

4. Mengapakah Fuad membeli tanah dan motosikal untuk ibu dan bapa angkatnya?

5. Dalam bab 3, siapakah yang datang berjumpa Fuad?

6. Apakah tawarannya?

Tuesday, 7 January 2014

Latihan Rumusan

RUMUSAN

Pendahuluan
   
Latihan 1

Jawab semua latihan di bawah.
 
1.     Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan  kelemahan institusi keluarga dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan  hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

       Lengkapkan ayat pendahuluan       

        Petikan membincangkan

2.     Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab khidmat sistem pesanan ringkas amat diperlukan pengguna dan langkah-langkah menjimatkan penggunaannya.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
          
       Lengkapkan ayat pendahuluan       

 Petikan membincangkan
       

3.     Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang kepentingan hutan   bakau   kepada   negara  ini  dan  langkah-langkah memuliharanya.  Panjang  rumusan  anda  hendaklah   tidak  melebihi 120 patah   perkataan.  
             
       Lengkapkan ayat pendahuluan       

       Petikan membincangkan

4.     Baca  petikan  di bawah  dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keghairahan orang ramai mengunjungi  pusat beli-belah dan ciri-ciri pusat beli-belah yang selamat.  Panjang rumusan  anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
  
      Lengkapkan ayat pendahuluan       

Petikan membincangkan
    
5.     Baca  petikan  di bawah  dengan  teliti  kemudian  buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi gejala buli dan kesan-kesan gejala itu ke atas pelajar. Panjang  rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.         
       Lengkapkan ayat pendahuluan       

       Petikan membincangkan







Latihan 2

Jawab semua soalan di bawah.

1.     Baca petikan di  atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan pudarnya penghayatan  semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan cara mengatasi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan 

     Membincangkan         
      

2.     Baca petikan di  atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca- punca generasi kini tidak menghayati semangat patriotik dan kesannya. Panjang  rumusan anda hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.
 Lengkapkan ayat pendahuluan
           
 Petikan membincangkan
      
3.     Baca petikan  di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.
            Lengkapkan ayat pendahuluan
           
      Petikan membincangkan

4.     Baca petikan  di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memupuk minat membaca  dalam kalangan pelajar luar bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan  ayat pendahuluan
            
Petikan membincangkan
                        
                
5.     Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang tindakan untuk  mengatasi penyakit berjangkit dan halangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat  pendahuluan
                                                  
 Petikan mimbincangkan

6.     Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan mempelajari bahasa asing  dan halangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat  pendahuluan

Petikan membincangkan