Mengintai Ruang Insaf
(Syukri Abdullah)
(Syukri Abdullah)
Maksud
R1- Semakin banyak kejahilan yang dilakukan, semakin jauh menemui hidayah Tuhan.
R2- Dalam kehidupan penyair kerap kali tersilap langkah sehingga melakukan dosa menyebabkan kemuliaan diri semakin berkurangan.
R3- Penyair mengetahui banyak kesilapan yang dilakukan namun tidak kembali ke pangkal jalan. Penyair ingin tahu semasa ada kesilapan yang dilakukan, diberikan ruang oleh Tuhan untuk insaf.
R4- Penyair berharap Tuhan membuka pintu taubat dan penyair berharap tidak tergolong dalam kalangan ahli neraka.
Tema: Keinginan untuk insaf
Persoalan
1. Kejahilan terhadap agama
Contoh: Kejahatan menjauhkan kita dengan Tuhan dan hidayah-Nya.
2. Muhasabah diri
Contoh: Penyair teringat akan dosa yang dilakukannya.
Contoh: Penyair teringat akan dosa yang dilakukannya.
3. Harapan mendapat keampunan Tuhan
Contoh: Penyair berharap pintu taubat terbuka.
Nilai murni
1. Keinsafan
Contoh: Penyair bersedia mengakui kesilapan dirinya yang banyak melakukan dosa sebelum ini.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berasa insaf terhadap kesalahan yang kita lakukan.
Contoh: Penyair insaf terhadap dosa yang dilakukan sebelum ini
2. Kita wajib bertaubat
Contoh: Penyair berharap taubatnya diterima
3. Kita jangan melakukan sebarang dosa
Contoh: Penyair kerap melakukan dosa hingga kemuliaan diri semakin hilang
No comments:
Post a Comment