SET 1
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Baca petikan drama di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
SABARIAH :
Bapa itu saja hendak malukan anak-anak. Nanti orang kata, kita tak tahu balas
budi orang tua. Walhal kita kirim tiap-tiap bulan. Macamlah hidupnya susah
sangat. Itu, itu anak pungut tu. Entah-entah dia yang suka bapa pergi ke laut…
Entah apa yang digula-gulakan bapa itu. Haah, sudahlah…! Angah penat ni. Abang
tunggulah emak. (Pergi dari situ. WAN
memerhatikan SABARIAH pergi)
SABRI : Tadi
nak sangat tengok emak. Huh!
JIMAH : (Sayu hatinya apabila SABARIAH menengking
SABRI) Aku tidak suruh sesiapa balik, Sani. Aku tidak mahu menyusahkan kau
orang. Aku tunggu laki aku. Kalau kau nak balik, pergilah. Aku tunggu laki aku.
Dia laki aku. Kau orang semua boleh balik. (Membuka
ikatan bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi Dia mengeluarkan lima buah
buku bank dan menyerahkan kepada SANI) Sani, ini buku bank kau orang. Beri
balik pada dia orang. Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit
yang kamu beri, ya? Tidak. Bapa simpan semua duit yang kamu kirim dulu. Bapa
simpan semua dalam bank.Emak dan bapa tidak usik satu sen pun. Nah, kauberi
balik pada kakak, pada abang kau. Ambil balik semua yang kau orang beri pada
kami. Ambil, ambillah balik. Satu sen pun kami tidak jamah duit itu.(Menangis tersedu-sedan)
SANI : (Buka buku simpanan bank dan terperanjat
melihat isi kandungannya) Mak! Apa
sudah jadi emak? Kenapa duit ini tidak pernah emak keluarkan? Kenapa emak,
kenapa emak dan bapa tidak gunakan duit yang kami beri ini? Sani beri untuk
emak dan bapa buat belanja. Kenapa emak tidak gunakan?
JIMAH : Bapa
tidak mahu susahkan anak-anaknya. Kudrat dia masih ada. Bapa lebih senang cari
duit sendiri. Dia tahu satu hari kau orang akan ungkit soal duit ini. Kan
betul?
[m.s. 217-218]
(i) Mengapakah
bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya? [2 markah]
(ii) Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
menyemai tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak? [3 markah]
(iii) Nyatakan
dua pengajaran dalam petikan drama
di atas dan dua pengajaran lain dalam keseluruhan drama. [4 markah]