Mulakan hari anda dengan menikmati gambar orkid ini. Mudah-mudahan ketenangan alam mensyukuri kita kepada pencipta-Nya
Friday, 20 May 2011
Thursday, 19 May 2011
Rumusan
RUMUSAN
MEMBINA PENDAHULUAN
Langkah 1: menulis ayat pendahuluan
• Pendahuluan rumusan perlu mengandungi pernyataan isi tersurat dan isu yang dibincangkan dalam petikan.
• Oleh sebab itu, pelajar perlu membaca keseluruhan petikan untuk mengenal pasti isu yang dibincangkan dalam petikan.
• Panduan : Soalan pemahaman 2(a) boleh membantu pelajar untuk mengenal pasti isu yang terdapat dalam petikan.
Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan
- Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
- Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
- Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.
Contoh soalan dan arahan :
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia dan langkah-langkah membanterasnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Kata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia
Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab .
Kemudian, tulis pendahuluan rumusan.
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia .
Catatan :
1. Perkataan yang berikut sering kali digunakan sebagai kata kunci arahan dalam soalan rumusan .
2. Perkataan tersebut boleh digantikan dengan perkataan lain yang sama maksudnya .
Contoh :
• Faktor / sebab / punca/ elemen.
• Akibat / kesan / impak / implikasi .
• Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan
• Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah.
• Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.
• Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan / pendekatan / strategi
Subscribe to:
Posts (Atom)